Baidu Merancang Memperkenalkan Roboteksi Tanpa Pemandu Di 100 Bandar Di China, Menjelang 2023
November 18, 2021
Automotif
Aman
Baidu kini mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi-robot di 100 bandar di China, menjelang 2023 kelak.
Pihak Baidu sedia menawarkan perkhidmatan mereka di lima bandar pada hari ini, dimana pengguna boleh menggunakan aplikasi khusus, dan mendapatkan kenderaan untuk ke destinasi.
Langkah Baidu ini adalah dalam mempelbagaikan pendapatan perniagaan mereka. Penawaran perkhidmatan ini juga membolehkan Baidu memperlihatkan teknologi swapandu yang dibangunkan mereka.
Secara tidak langsung juga, ia memperlihatkan pergerakkan industri seru-pandu ke arah penggunaan robot, sekaligus mengurangkan lagi kos kepada pengguna, dan menjadikan perkhidmatan lebih efisien.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.