Carian
Apple AirPods Generasi Ke-3 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – RM829
November 18, 2021 Aman

Apple hari ini telah mula menawarkan komputer riba MacBook Pro untuk pasaran tempatan. Bersama-sama dengannya, Apple juga turut telah mula menawarkan fon telinga nirwayar mereka, AirPods generasi ketiga untuk pasaran tempatan.

AirPods generasi ketiga ini hadir dengan rekaan serba baharu, menawarkan sokongan Spatial Audio, menjanjikan masa penggunaan lebih lama – sehingga 30 jam bersama pod pengecasan, selain turut menawarkan kalis air dan peluh.

AirPods 3 turut menyertakan sokongan pengecasan MagSafe, selain ciri Dolby Atmos bersama Apple Music. Setiap pembelian AirPods 3 juga turut hadir dengan penawaran Apple Music selama 6 bulan secara percuma.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pembelian AirPods 3 bermula hari ini, pada harga RM829.

Komen