OnePlus 10 Dijangka Akan Dilancarkan Seawal Januari 2022

Diterbitkan pada Nov 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus 10 Pro dijangka hadir dengan skrin 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz, selain dijana bateri 5000mAh. Spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi. Secara kasar, ia dilihat seperti mengambil inspirasi dan elemen rekaan seumpama Galaxy S21 sebelum ini.

OnePlus juga dilihat akan meneruskan kerjasama dengan Hasselblad, mungkin akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 8 gen 1, pengecasan pantas 125W, dan akan menjalankan Oxygen OS serba baharu yang telah bergabung dengan Color OS.

OnePlus 10 Pro Tertiris

Menurut 91Mobiles, OnePlus 10 akan dilancarkan seawal hujung Januari 2022 atau paling lewat pada awal Februari 2022. Pelancaran ini dilihat adalah awal dua bulan berbanding OnePlus 9 sebelum ini yang dilancarkan pada April lalu. Seperti biasa, OnePlus mungkin akan melancarkan beberapa model di bawah jenama OnePlus 10 iaitu yang biasa dan yang Pro dan akan fokus kepada peranti yang premium dan fotografi.

Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami