Windows 11 Kembali Menggunakan Skrin BSOD Berwarna Biru

Diterbitkan pada Nov 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft pada awal pengenalan Windows 11, telah mula beralih daripada penggunaan skrin biru BSOD kepada skrin berwarna hitam. Namun, kini perkara berkenaan dijangka akan berubah kembali.

BSOD (Blue Screen Of Death) merupakan skrin yang dipaparkan pada sistem operasi Windows, apabila sistem menghadapi masalah teknikal. Bermula Windows 8, rekaan antaramuka paparannya telah diberikan nafas baharu, selain Microsoft turut memberikan lebih maklumat, termasuk integrasi kod QR untuk menyemak masalah teknikal berkaitan dengannya.

Pada awal Windows 11, Microsoft mengubahnya kepada warna paparan hitam, tetapi kini Microsoft mengambil langkah untuk kembalikan ia kepada warna biru kembali.

Sebab disebaliknya tidak diumumkan. Mungkin langkah ini akan memudahkan lagi proses pengurusan oleh pasukan IT di sesuatu syarikat, berbanding paparan skrin hitam yang mungkin sukar untuk diterangkan oleh seseorang pengguna kepada pasukan IT mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami