Cari @ Amanz

Oppo A55s Dilancarkan Dengan Snapdragon 480 Dan Kalis Air IP68

Link Copied!

Oppo A55s telah dilancarkan tanpa acara khas semalam sebagai sebuah lagi peranti kelas permulaan dengan cip Snapdragon 480. Menarik sekali peranti ini telah dilancarkan di Jepun dan bukannya di China. Peranti dilengkapi skrin 6.5″ IPS LCD 90Hz, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 64GB dan bateri pula sebesar 4000 mAh tanpa sebarang pengecasan pantas.

Kamera utama adalah 13MP dipadankan dengan sensor kedalaman sebesar 2MP. Di bahagian hadapan pula sensor 8MP disertakan dalam sebuah lubang kamera. Kemampuan rakaman video pula adalah sehingga 1080P 30FPS sahaja. Walaupun ia sebuah peranti kelas permulaan, A55s mempunyai ketahanan air IP68 dan juga sokongan rangkaian selular 5G.

Sebuah bicu audio juga masih disertakan bagi mereka yang tidak mempunyai aksesori audio bluetooth. Pengimbas cap jari juga tidak disertakan tetapi peranti masih menyertakan imbasan wajah. Akhir sekali A55s menggunakan Color OS 11 berasaskan Android 11. Di Jepun Oppo A55s dijual pada harga 32,800 Yen (~RM 1199).


Komen ()