Selain daripada Moto G200 5G, beberapa lagi peranti lain yang turut diumumkan oleh Motorola iailah Moto G71 5G dan Moto G51 5G. Kedua-dua peranti mempunyai rekaan fizikal yang sama, tetapi penawaran spesifikasi dalaman adalah berbeza.

Untuk spesifikasi khusus, Moto G71 5G membawakan skrin bersaiz 6.4-inci Max Vision OLED. Ia juga dipadankan dengan cip Snapdragon 695, memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri adalah 5000mAh yang menyokong pengecasan 33W. Seterusnya, ia juga mempunyai tetapan tri- kamera dengan sensor utama 50-Megapixel. Kamera swafoto pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.0, NFC, pembesar suara dengan Dolby Atmos dan sebagainya.

Seterusnya, Moto G51 5G pula dilengkapi skrin 6.8-inci LCD beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia turut dipadankan dengan cip Snapdragon 480, memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Melengkapinya adalah bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 10W. Peranti juga dibekalkan kamera utama 50MP + 8MP + 2MP dan kamera swafoto pula adalah 13MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.1, NFC, pembesar suara mono dan sebagainya.
Untuk harga, Moto G71 dijual pada €300 (~1,424). Sementara itu, Moto G51 pula berharga €230 (~RM1,092). Buat masa ini, kedua-dua peranti hanya ditawarkan di pasaran Eropah sahaja.
Sumber : Motorola