Carian
Harga Jualan Samsung Galaxy A32 5G Dikemaskini Ke RM1099
November 19, 2021 Effi Saharudin

Samsung Galaxy A32 5G dilancarkan di Malaysia pada Mac lalu pada harga RM1199. Samsung Malaysia kini mengemaskini harga jualan peranti ke RM1099 sehingga 19 Disember ini. Samsung Galaxy A32 5G hadir dengan skrin 6.5-inci TFT LCD pada resolusi 720p+, dijana MediaTek Dimensity 720, memori 8GB RAM, storan sehingga 128GB dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 15W.

Kamera utama 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 5MP (makro) + 2MP (kedalaman) dan kamera hadapan pula ialah 13 MP. Ciri lain yang ditawarkan ialah bicu audio 3.5mm dan juga NFC. Dengan pengurangan harga ini, Samsung Galaxy A32 5G dijual pada harga yang sama dengan Galaxy A32 4G di Malaysia untuk sementara waktu.

Komen