Carian
Vivo, Realme, Xiaomi, Oppo, Samsung, Dan OnePlus Antara Terawal Guna MediaTek Dimensity 9000
November 20, 2021 Aman

MediaTek hari ini telah memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, iaitu MediaTek Dimensity 9000. Selari dengannya, kini hadir desas-desus awal berkenaan pengeluar terawal yang akan hadir dengan peranti menggunakannya.

Ia diperkatakan antara pengeluar terawal yang akan hadir dengan peranti dijana MediaTek Dimensity 9000 adalah Vivo, Realme, Xiaomi, Oppo, Samsung, Motorola dan juga OnePlus.

Mengikut perkongsian awal, cip MediaTek Dimensity 9000 ini dikatakan menawarkan prestasi pemprosesan yang berkuasa tinggi, dan penggunaa tenaga yang efisien. Ia juga adalah cip pertama untuk telefon pintar dibina dengan teknologi 4nm.

Dengan perkembangaan terbaru ini, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan peranti yang akan dipasarkan menggunakannya.

Komen