Huawei Nova 9 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM1999

Diterbitkan pada Nov 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei Nova 9 akhirnya dijual secara rasmi di Malaysia hari ini secara pasaran terbuka selepas pra-tempahan dibuka pada 8 November lalu. Ia merupakan penawaran baharu daripada Huawei dan meneruskan tradisi yang menyasarkan kepada pengguna dalam kalangan generasi muda. Bagi yang berminat, Huawei Nova 9 ditawarkan di Malaysia pada harga RM1,999 dengan dua pilihan warna Starry Blue dan Black.

Huawei Nova 9 menampilkan skrin OLED berukuran 6.57-inci HD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga menggunakan cip Snapdragon 778G 4G yang dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri pula adalah sebesar 4,300mAh yang menyokong pengecasan Huawei 66W SuperCharge.

Sistem kuad-kamera utama digunakan dengan tetapan 50MP (f/1.9) (utama) + 8MP (f/2.2) (ultra-lebar) + 2MP (f/2.4) (kedalaman) + 2MP (f/2.4) (makro). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 32MP (f/2.0). Lain-lain spesifikasi termasuklah – Bluetooth 5.2, port sambungan USB-C, NFC, EMUI 12 berasaskan Android 11 dan sebagainya.

Penjualan peranti hari ini serentak juga dengan penjualan Huawei Freebuds Lipstick, Huawei Watch GT3 dan Huawei Watch GT3 Runner.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami