Cari @ Amanz

MediaTek pada minggu ini telah memperkenalkan cip pemprosesan berkuasa untuk telefon pintar dengan rekaan 4nm. Selain itu, mereka turut telah memperkenalkan cip MediaTek Pentonic 2000 khusus untuk televisyen pintar.

Cip dengan rekaan 7m ini menyokong paparan resolusi 8K, dengan sokongan 120Hz. Pada masa yang sama, ia juga dijangka akan menjana paparan untuk permainan video, selain sokongan paparan untuk konsol moden.

MediaTek mengatakan televisyen pintar yang dijana dengan cip pemprosesan Pentonic 2000 ini bakal dipasarkan kepada pengguna bermula suku kedua 2022 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd