Cari @ Amanz

Fon Telinga Oppo Enco Free2i Bakal Turut Dilancarkan Pada 25 November Ini

Link Copied!

Selain daripada telefon pintar, Oppo juga pengeluar untuk aksesori audio. Sehingga kini, mereka telah hadir dengan beberapa penawaran fon telinga sama secara berwayar atau nirwayar. Seperti sebelum ini, mereka telah melancarkan Oppo Enco Free2 bersama siri Oppo Reno6.

Untuk kali ini, mereka bakal hadir dengan penggantinya pula menerusi Oppo Enco Free2i pula. Fon telinga ini akan dilancarkan seiring dengan siri Oppo Reno7 pada 25 November hadapan. Ia juga telah ditemui tersenarai menerusi kedai atas talian rasmi Oppo China. Menurut spekulasi awal, ia akan mempunyai beberapa perbezaan berbanding model terdahulu.

Tapi sayangnya, penyenaraian tidak pula mendedahkan sebarang informasi mengenai fon telinga ini – baik dari segi rekaan, mahupun spesifikasinya. Sungguhpun begitu, kita boleh menyasarkan lebih banyak butiran lanjut yang akan dikongsi dalam masa terdekat ini.

Sumber : Weibo


Komen ()