Apple Kini Merampas Kembali Takhta Syarikat Paling Bernilai Di Dunia Daripada Microsoft
November 22, 2021
Apple
Aman
Pada penghujung Oktober lepas, Microsoft telah mengatasi Apple sebagai syarikat paling bernilai dunia. Apa pun, kini Apple dilihat telah berjaya merampas takhta berkenaan kembali, dan kini bernilai sekitar $2.63 trilion berdasarkan harga saham semasa.
Peningkatan harga saham Apple ini berlaku selari dengan laporan mengatakan Apple akan mempercepatkan lagi pengeluaran kenderaan elektrik mereka tersendiri – seawal 2025 kelak.
Mengikut laporan sama, kereta Apple dijangka tidak menyertakan sebarang stering, dan mungkin membuka peluang untuk Apple turut menawarkan perkhidmatan pengangkutan selain menjual kenderaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.