Carian
Oppo Dilaporkan Merancang Memperkenalkan Kenderaan Elektrik Seawal 2024
November 22, 2021 Aman

Oppo kini dilaporkan sedang membangunkan kenderaan elektrik untuk pasaran India. Sejumlah tanda dagang berkaitan kenderaan elektrik dikatakan telah didaftarkan, dan merancang untuk memperkenalkan kenderaan elektrik tersendiri seawal antara 2023 atau 2024 kelak.

Buat masa ini, ia tidak diketahui secara spesifik berkaitan dengan kenderaan elektrik yang dirancang. Selain segmen kereta elektrik, motosikal elektrik juga dilihat menerima perhatian ramai – dan India mempunyai ramai pengguna motosikal.

Oppo Car

Ia juga masih menjadi tanda tanya sama ada pihak Oppo akan bekerjasama dengan pengeluar lain, atau menghasilkan kenderaan sendiri.

Spekulasi berkaitan Oppo menghasilkan kenderaan elektrik tersendiri telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, malah Oppo telah menidakkan mereka akan mengeluarkan kereta tersendiri.

Tetapi, mungkinkah kita melihat Oppo menghasilkan motosikal atau skuter elektrik?

Komen