OnePlus 10 Pro Dikhabarkan Tidak Akan Menggunakan Kamera Periskop

Diterbitkan pada Nov 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus 10 Pro telah pun tertiris awal bulan ini. Ia memperlihatkan rekaan yang mirip dengan Galaxy S21, di mana bonggol kamera bergabung di sisi peranti. Tetapi OnePlus dilihat menggunakan susunan kamera yang sedikit lebih kemas.

Model warna hijau dengan penjenamaan Haaselblad turut jelas kelihatan dalam imej pengolokan tertiris lain beberapa minggu selepasnya. Ia seakan memberitahu yang peranti OnePlus 10 Pro ini akan mempunyai sistem kamera yang hebat.

Terkini, peniris terkenal Digital Chat Station menyatakan yang OnePlus 10 Pro tidak akan menggunakan kamera periskop. Sebaliknya akan menggunakan kamera telefoto dengan sokongan 3.3x zum optikal dan 30x zum digital.

Selain itu, beliau turut mendakwa yang dua lagi peranti di bawah BBK Electronics – iaitu Oppo Find baharu dan Realme GT2 baharu turut tidak akan menggunakan kamera periskop ini.

Secara tidak langsung, meletakkan ketiga-tiga jenama ini di belakang Samsung, Vivo, Xiaomi dan Pixel 6 Pro.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami