Carian
Honor 60 Akan Dilancarkan 1 Disember Ini Di China
November 22, 2021 Fahim Zahar

Honor 50 adalah peranti kelas pertengahan premium daripada Honor yang cukup menarik. Ia hadir dengan skrin 120Hz, kamera 108MP, pengecasan pantas 66W serta menjalankan Magic UI berasaskan Android 11 dengan sokongan GMS.

Honor nampaknya ingin bersaing dengan pesaing lain dengan sepantas mungkin apabila mereka dilihat sudah bersedia untuk melancarkan pengganti Honor 50 – iaitu Honor 60.

Melalui ciapan mereka di Weibo, 1 Disember akan datang akan ada “cahaya bintang” tersembunyi dalam mimpi dan ada sesuatu yang romantis sepanjang bulan Disember ini. Dalam video acah ini, turut kelihatan logo Honor, serta sensor-sensor kamera dan skrin yang melengkung. Ini mungkin adalah untuk mengacah ciri unik pada model Pro mereka.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini tidak lama lagi.

Komen