Oppo, Realme dan OnePlus merupakan syarikat dibawah satu entiti besar. Terbaru, selain laporan mengatakan Oppo menyasarkan pengenalan kenderaan elektrik di India seawal 2024 kelak, ia turut diperkatakan Realme dan OnePlus turut melihat ke arena sama.
Buat masa ini, ia diperkatakan ketiga-tiga jenama ini melihat ke pasaran India, dan telah melakukan pendaftaran tanda dagang berkaitan dengan kenderaan elektrik dan produk automotif.
Berkemungkinan besar, jenama ini tidak menghasilkan kereta elektrik, tetapi memperkenalkan terlebih dahulu skuter atau motosikal elektrik. Dengan langkah ini, ia akan membolehkan mereka menyertai pasaran automotif, tanpa perlu melakukan fokus terhadap teknologi swapandu menyeluruh – seperti yang sedang dilakukan Apple.
Selain jenama-jenama ini, Xiaomi turut menyasarkan pengenalan kereta elektrik seawal 2024 kelak, selain Huawei telah mula bekerjasama dengan beberapa pengeluar automotif dalam mengintegrasikaan teknologi mereka.