Carian
Qualcomm Umum Era Baharu Snapdragon – Akan Menggunakan Struktur Penamaan Baharu
November 23, 2021 Aman

Qualcomm hari ini mengumumkan beberapa perubahan kepada bentuk penjenamaan mereka, terutamanya melibatkan Snapdragon.

Menurut Qualcomm, bermula hari ini, jenama Snapdragon akan digunakan secara kendiri tanpa menyertakan jenama Qualcomm. Disamping itu, Snapdragon juga akan menggunakan struktur penamaan yag lebih dipermudahkan untuk pengguna mengetahui dan memilih peranti yang dijana Snapdragon.

Struktur penamaan akan hanya menggunakan satu digit sahaja, dan diikuti oleh angka generasi. Perubahan ini akan berlaku bermula daripada siri Snapdragon 8-

Hal ini adalah selari dengan desas-desus sebelum ini mengatakan cip selepas ini akan dikenali dengan nama Snapdragon 8 Gen 1.

Langkah ini sekaligus akan memudaahkan lagi pengguna umum untuk mengenal-pasti sesuatu cip yang digunakan pada peranti, dan membuat keputusan ketika pembelian.

Bagi anda, apa kata anda berkenaan dengan bentuk penjenamaan baharu ini?

Komen