Dengan ColorOS 12, sistem operasi ini memberi nafas baharu kepada peranti-peranti Oppo. Ia bukan sahaja dibina berasaskan daripada Android 12, tetapi turut cuba menawarkan banyak ciri dan fungsi mirip Android asli dengan elemen ColorOS asal dikekalkan.
ColorOS juga kini telah menjadi sistem operasi utama untuk peranti-peranti di bawah BBK Electronics. Seperti Realme yang mengadaptasi menjadi Realme UI dan OnePlus pula dengan Oxygen OS yang kini turut menggunakan ColorOS.

Terkini, Oppo telah mengumumkan yang kemaskini stabil ColorOS 12 untuk pengguna Oppo Find X3 Pro di Malaysia. Melaluinya, ia menawarkan sistem tema adaptif mengikut gambar latar, aplikasi pengurus peranti baharu, sekuriti yang lebih ketat, fungsi penterjemahan skrin yang lebih baik seperti adanya papan pemuka privasi, dan banyak lagi.
Oppo turut mengingatkan pengguna yang kemaskini ini tidak menyokong aplikasi Heytap Health. Jadi semua peranti boleh pakai Oppo yang menggunakan aplikasi ini tidak boleh digunakan sehingga sekitar hujung November apabila ia akan dibaiki nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenai ColorOS 12, kami telah mengujinya sebelum ini dan anda boleh baca artikel kami melalui pautan di bawah.