Plastik membunuh haiwan akuatik dan kini didapati mencemari makanan manusia dalam bentuk cebisan mikro. Maka tidak mengejutkan kini hampir kesemua pengeluar memulakan usaha untuk menghentikan penggunaan plastik dan menggantikannya dengan kertas. Sebagai syarikat perabot terbesar dunia, IKEA kini menyasarkan mereka juga akan menghentikan penggunaan bungkusan plastik menjelang 2028.

Pada waktu ini penggunaan plastik pada bungkusan adalah sekitar 10%. Tetapi pada tahun 2025 penggunaan plastik akan dihentikan pada kesemua produk yang dikeluarkan kecuali pada makanan sebelum dihapuskan sepenuhnya dalam masa tiga tahun.
Antara yang telah dilakukan oleh IKEA ialah menggantikan bekas plastik keras pada produk mentol dan polistirena dengan kadbod. Malahan tahun ini sebagai usaha mengurangkan pencemaran, mereka menerbitkan manual untuk mengitar semula produk sedia ada untuk kegunaan lain.
Sumber Fast Company