Qualcomm telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menggunakan struktur penamaan baharu untuk cip pemprosesan mereka, dan cip pertama dibawahnya dijangka diperkenalkan pada acara Snapdragon Technology Summit pada minggu hadapan.
Selari dengannya, kini hadir desas-desus mengatakan sebanyak empat telefon pintar dijana cip mercu terbaru berkenaan akan diperkenalkan seawal bulan Disember 2021 ini.
Keempat-empat telefon ini dijangka menawarkan spesifikasi lebih kurang sama, dan dilengkapi dengan kamera utama 50-megapixel.
Buat masa ini, mengikut spekulasi, Xiaomi dijangka akan menjadi antara yang terawal menggunakan cip pemprosesan ini. Selain Xiaomi, antara nama lain yang turut diperkatakan adalah termasuk Motorola.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut, dan kejutan yang disediakan melalui cip pemprosesan baharu ini.