Motorola kini telah pun kembali ke pasaran Malaysia baru-baru ini, dan nampaknya mereka mempunyai perancangan untuk kembali aktif dalam penawaran peranti, sekaligus bersaing secara aktif dengan yang lain.
Hari ini, kita sedia mendengar Motorola mungkin menjadi terawal memperkenalkan peranti dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, dan kini hadir desas-desus baru mengatakan Motorola akan menjadi terawal menggunakan sensor 200-megapixel pada telefon keluaran mereka.
Xiaomi dijangka menyusul; dengan penggunaan sensor 200-megapixel ini, dan Samsung dijangka menggunakannya sekitar 2023 kelak.
Mengikut desas-desus, model Motorola yang dijangka hadir dengan spesifikasi mercu ini adalah Moto Edge X. Pihak Motorola sedia mengacah kehadirannya, dan mungkin kita melihatnya dalam masa sebulan dua lagi.