Cari @ Amanz

Vivo V23e 5G Diumumkan Dengan Cip MediaTek Dimensity 810, Kamera 50MP

Link Copied!

Sebelum ini, Vivo V23e dengan janaan cip MediaTek Helio G96 telah dilancarkan secara rasmi. Terkini, Vivo dilihat menawarkan versi 5G pula untuk model berkenaan menerusi penggunaan cip MediaTek Dimensity 810. Ini adalah cip yang sama boleh ditemui pada Poco M4 Pro 5G, Realme 8s 5G dan Honor X30i 5G.

Dari segi rekaan, tiada sebarang perubahan yang dibuat oleh Vivo pada peranti ini. Ia lengkap dengan panel belakang bersama sistem-kamera utama dan skrin hadapan bertakuk kecil. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dari aspek spesifikasi dalaman. Di mana, Vivo V23e 5G menampilkan sistem tri-kamera belakang dengan tetapan 50MP + 8MP + 2MP, manakala kamera hadapan pula sebesar 44MP.

Skrin adalah sebesar 6.44-inci AMOLED beresolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel). Bateri pula adalah sebesar 4,050mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W. Ia juga menjalankan sistem operasi Android 11 yang dibina berasaskan antara muka FunTouch OS 12. Lain-lain spesifikasi termasuklah – Bluetooth 5.1, port sambungan USB-C dan sebagainya. Untuk harga Vivo V23e 5G dijual pada THB 12,999 (~RM1,649) dengan pilihan memori 8GB+128GB.

Sumber : Vivo Thailand


Komen ()