Cari @ Amanz

Kamera Utama Samsung Galaxy Z Fold3 5G Menerima Skor 124 Mata Dalam DxoMark

Link Copied!

Samsung Galaxy Z Fold3 5G, sebuah lagi peranti skrin boleh-lipat terkini daripada Samsung. Ia dijual di Malaysia pada harga bermula RM6,699 dengan beberapa pilihan seperti Phantom Black, Phantom Green dan Phantom Silver. Ia juga mempunyai sokongan kamera yang lebih konservatif menerusi penggunaan tiga sensor utama sebesar 12MP sahaja.

Terkini, DxoMark dilihat mengemaskini laman rasmi dengan berkongsi laporan untuk keupayaan kamera utama peranti ini. Ia menunjukkan peranti ini mencatatkan skor keseluruhan sebanyak 124 mata. Ini sekaligus menempatkannya setanding dengan iPhone 11 Pro Max dan OnePlus 9 Pro dalam carta DxoMark. Ringkasan ujian menunjukkan peranti mendapat 134mata untuk keupayaan fotografi, 66 mata untuk keupayaan zum dan 103 mata pula untuk keupayaan video.

Pujian diberikan kepada gambar yang terang dengan dedahan yang baik untuk kebanyakan situasi. Kemampuan auto fokus juga adalah pantas dan tepat. Pada masa sama, butiran pada imej jarak dekat juga memuaskan, di samping kawalan hingar yang minima. Kekurangan pula terletak pada gambar dalam pencahayaan rendah yang tidak begitu memuaskan. Perincian dan warna kurang baik untuk gambar ultra-lebar. Kemampuan autofokus juga kurang efektif untuk rakaman dalam pencahayaan rendah.

Sumber : Dxomark


Komen ()