Cari @ Amanz

Redmi 10 telah diperkenalkan sekitar bulan Ogos lalu dengan janaan cip MediaTek Helio G88. Di Malaysia, peranti ini dijual pada harga bermula RM649 untuk sebuah. Terbaru, timbul desas-desus yang mana Redmi 10 2022 pula bakal tiba.

Xiaomi Redmi 10

Ia berikutan tularnya peranti misteri bersama nombor model 21121119SG yang dikaitkan dengan peranti berkenaan. Pada masa sama, ia turut telah tersenarai menerusi beberapa laman persijilan di Indonesia, Singapura dan Eropah. Ini sekaligus memberi bayangan bahawa kita bakal menyaksikan pelancaran rasmi untuknya tidak lama lagi.

Spekulasi awal mendakwa peranti ini mungkin menggunakan kamera utama 50-Megapixel dengan gabungan 8-megapixel untuk ultra-lebar dan 2-Megapixel khusus untuk tujuan makro serta kedalaman. Ini adalah konfiguasi kamera yang sama boleh ditemui pada Redmi 10 terdahulu. Dengan ini, rasanya boleh dikatakan besar kemungkinan kedua-dua peranti ini berkongsi spesifikasi yang sama, meskipun terdapat sedikit perubahan kecil yang dibuat.

Buat masa ini, bilakah tarikh pelancaran untuk Redmi 10 2022 masih tidak diketahui. Tetapi, kita boleh menyasarkan lebih banyak informasi berkaitannya akan dikongsi dalam masa terdekat. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut berkaitan perkara ini.

Sumber : GSMArena

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd