Carian
Apple Dijangka Menggunakan Modem Yang Dibangunkan Sendiri Pada iPhone 2023
November 25, 2021 Aman

Apple telah pun sedia melaksanakan peralihan daripada menggunakan komponen pihak ketiga, dan telah menggantikan dengan menggunakan pelbagai cip yang dihasilkan sendiri. Terkini, menurut laporan Nikkei, Apple kini dalam persediaan untuk membangunkan modem 5G tersendiri, dan mungkin digunakan seawal 2023 pada iPhone.

Apple dilihat akan bekerjasama dengan pihak TSMC untuk pengeluaran modem berkenaan, berasaskan proses 4nm.

Pada hari ini, Apple bergantung pada Qualcomm dalam menggunakan modem. Malah, pihak Qualcomm sendiri sedia mengatakan sebelum ini yang mana mereka akan kehilangan perniagaan pihak Apple memandangkan Apple bercadang mengeluarkan modem mereka tersendiri.

Dengan peralihan ini, ia akan membolehkan Apple lebih mengawal kepada penawaran teknologi, selain mempercepatkan lagi pembangunan teknologi mereka.

Komen