Selain daripada Oppo Reno7 Pro dan Reno7, terdapat satu lagi model yang turut sama diumumkan. Tidak seperti model-model terdahulu, Oppo kali ini tidak hadir dengan verso Pro+. Sebaliknya, mereka menggantikannya dengan pengenalan Oppo Reno7 SE.
Untuk spesifikasi, ia hadir dengan skrin 6.43-inci AMOLED beresolusi FHD+ (2400 × 1080 piksel) dan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 900, memori 8GB RAM (LPDDR4x) dan storan dalaman sehingga 256GB (UFS2.2).
Tetapan kamera utama adalah 48MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 16MP. Melengkapinya juga adalah bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 33W dan menjalankan sistem operasi Android 11 berasaskan ColorOS 12.
Lain-lain spesifikasi termasuklah – port sambungan USB-C, bluetooth 5.2, pengimbas cap jari pada skrin dan sebagainya. Di China, Oppo Reno7 SE dijual pada RMB2199 (8GB+128GB) (~RM1,455) dan RMB2399 (8GB+256) (~RM1,588).