Samsung Dilihat Tidak Menyertakan Galaxy Note Dalam Senarai Perancangan Produk 2022

Diterbitkan pada Nov 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setiap penghujung tahun, pelbagai syarikat akan bersedia dengan senarai produk-produk baharu mereka untuk tahun akan datang. Kini, mengikut laporan baharu yang hadir dari Korea Selatan, ia dikatakan Samsung tidak menyertakan nama Galaxy Note dalam senarai perancangan produk pada 2022 kelak.

Buat masa ini, yang menggantikan tarikh pengenalan Galaxy Note berkenaan adalah siri telefon boleh-lipat daripada Samsung.

S-Pen Galaxy S21 Ultra

Apa pun, beberapa ciri-ciri daripada Galaxy Note sedia diintegrasikan pada Galaxy S, malah mengikut apa yang tertiris sebelum ini, ia dilihat Samsung turut menyertakan ruangan untuk S-Pen pada model Galaxy S22 Ultra akan datang mereka.

Untuk pihak Samsung sendiri, siri Galaxy Z Fold dilihat menerima sasaran jualan lebih tinggi berbanding jualan Galaxy Note20 sebelum ini.

Mungkin langkah ini adalah lebih kepada strategik, dan pada masa yang sama Samsung dilihat memindahkan peminat Galaxy Note kepada siri Galaxy S.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami