Carian
Fairphone 2 Ialah Telefon Pintar Pertama Menerima Kemaskini Android Selama Tujuh Tahun
November 26, 2021 Effi Saharudin

Fariphone 2 dilancarkan enam tahun lalu sebagai peranti yang paling adil kepada pekerja dan juga alam sekitar. Pengeluar menjanjikan peranti akan disokong selama mungkin bagi mengurangkan pencemaran elektronik dan turut menawarkan alat ganti apabila perlu.

Kini Fairphone 2 secara rasmi akan menjadi telefon pintar pertama menerima sokongan sistem operasi oleh pengeluar selama tujuh tahun selepas ia program Android 10 Beta diumumkan. Hanya awal tahun ini ia dikemaskini ke Android 9. Fairphone berharap kemas kini stabil Android 10 akan diberikan pada awal 2022.

Semasa dilancarkan pada Jun 2015, Fairphone 2 menggunakan sistem operasi Android 5.1 Lollipop. Apa yang dilakukan oleh Fairphone ini amatlah menakjubkan kerana Google sendiri hanya menyokong kemas kini sistem operasi Pixel 6 selama tiga tahun begitu juga dengan Samsung, Oppo, Xiaomi serta pengeluar lain yang lebih ternama. Masalah dengan Android ialah Qualcomm hanya menyokong cip keluaran mereka selama tiga tahun dan ini menghalang sokongan sistem operasi sebaik iOS.

Komen