Carian
Arab Saudi Dan UAE Kini Dihalang Daripada Membeli Teknologi Intipan Israel
November 26, 2021 Effi Saharudin

Antara berita paling hangat tahun ini ialah Arab Saudi dan UAE didapati menggunakan teknologi mengintip yang dikeluarkan oleh firma Israel seperti NSO Group. Setelah pekung di dada unta tidak dapat lagi disorok dengan keffiyeh, UAE segera mengadakan hubungan diplomatik rasmi dengan Israel sehingga menimbulkan kemarahan negara majoriti Islam. Malahan turut didedahkan Benjamin Netanyahu campur tangan secara peribadi membenarkan Arab Saudi menggunakan perisian Pegasus selepas ia digunakan untuk mengintip peranti milik wartawan Jamal Khashoggi yang kemudiannya dibunuh.

Hacker Godam Papan Kekuncti

Kerana skandal melibatkan senarai ketua negara, wartawan dan aktivis hak asasi manusia yang menjadi sasaran aplikasi intipan Pegasus, Israel kini mula menghalang penggunaannya ke beberapa negara. Hanya 37 negara sahaja kini boleh membeli perisian intipan Israel berbanding 102 negara sebelum ini. Arab Saudi, UAE dam Maghribi adalah antara negara yang kini tidak lagi boleh mengaksesnya.

Kementerian Pertahanan Israel kini berkata kebenaran pembelian perisian intipan Israel dihadkan kepada negara yang akan menggunakannya untuk tujuan yang sah sahaja oleh agensi kerajaan. Negara yang dibenarkan ialah Amerika Syarikat, Australia, Austria, Belanda, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Denmark, Estonia, Finland, Greece, Iceland, India, Ireland, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Korea Selatan, Latvia, Lithuania, Liechtenstein, Luxembourg, Malta, New Zealand, Norway, Perancis, Portugal, Republik Czech, Romania, Sepanyol,Selovaia, Slovenia, Sweden, Switzerland dan United Kingdom.

Sumber Times of Israel

Komen