Cari @ Amanz

Semalam, kami telah melaporkan bahawa Qualcomm menjangkakan bahawa Apple akan berhenti menggunakan cip modem 5G mereka dan akan membangunkan komponen mereka sendiri bermula 2023.

Terkini, laporan daripada Nikkei Asia mengatakan bahawa selain daripada cip pemprosesan untuk peranti-peranti mereka, Apple akan menggunakan kepakaran TSMC untuk membangunkan cip modem 5G mereka menggunakan teknologi binaan 4nm yang sama digunakan untuk mengilangkan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9000 yang juga diumumkan baru-baru ini.

Dengan modem ini, Apple turut dilihat akan membina komponen frekuensi radio dan mmWave mereka sendiri untuk memastikan penggunaannya didalam peranti iPhone bukan sahaja hadir dengan prestasi yang terbaik, tetapi juga memakan kuasa bateri dengan rendah. Modem 5G keluaran nama-nama lain dilihat memakan data dan juga kuasa bateri yang cukup tinggi yang dilihat masih belum diselesaikan sehingga hari ini.

Pembangunan cip 5G mereka sendiri juga membolehkan Apple untuk mengintegrasi cip tersebut kedalam SoC Apple sendiri samada untuk cip pemprosesan siri-A untuk peranti iPhone dan iPad ataupun siri-M untuk MacBook mereka di masa akan datang.

Sumber: Nikkei Asia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd