Carian
Kuo : Apple Merancang Untuk Gantikan iPhone Dengan AR Dalam Tempoh 10 Tahun
November 26, 2021 Aman

Penganalisa popular berkaitan Apple, iaitu Ming-Chi Kuo hari ini telah berkongsi mengatakan peranti realiti terimbuh Apple akan hadir pada 2022 kelak, dan dijangka dilancarkan dengan kuasa pemprosesan tinggi, dan mampu beroperasi tanpa iPhone.

Lanjutan daripadanya, Kuo turut berkongsi mengatakan Apple meyasarkan untuk menggantikan iPhone dengan AR dalam tempoh 10 tahun akan datang. Set kepala AR dijangka akan menjadi langkah pertama untuk mencapai sasaran berkenaan.

Apple sendiri sedia memfokuskan kepada arena AR sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Malah, selain Apple, beberapa pihak juga akhir-akhir ini telah mula melihat kepada alternatif dengan fokus kepada arena dunia maya, atau turut dipanggil ramai sebagai dunia meta.

Dengan fokus pihak Apple kepada AR ini, ia dijangka akan membentuk ekosistem khusus disebaliknya, dan ia berfungsi secara kendiri tanpa bergantung kepada peranti lain untuk beroperasi.

Sasaran Apple ini juga dilihat menyasarkan untuk menjual lebih 1 bilion peranti AR dalam menyaingi kuantiti iPhone di pasaran hari ini, sekaligus membolehkan Apple mempelbagaikan lagi pendapatan dan tidak bergantung kepada pendapatan majoriti daripada ekosistem iPhone semata-mata.

Komen