Honor 60 Pro Dan 60 Diperlihatkan Dalam Imej Sebenar

Diterbitkan pada Nov 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu di China pada 1 Disember ini. Melaluinya, mereka bakal memperkenalkan siri Honor 60. Ini merupakan model kemas kini untuk siri Honor50 yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu. Seperti pendahulunya, siri kali ini juga besar kemungkinan hadir dengan beberapa model berbeza seperti Honor 60, Honor 60 Pro dan Honor 60 SE.

Dua daripadanya kini telah diperlihatkan dalam beberapa imej sebenarnya yang tular. Ia menunjukkan Honor 60 Pro dan Honor 60 mempunyai rekaan fizikal yang hampir sama. Panel hadapan adalah sejenis berlubang dengan sokongan kamera swafoto tunggal pada bahagian tengah. Kedua-duanya juga menggunakan skrin sejenis melengkung. Tetapi, lengkungan pada versi pro dilihat meliputi pada hampir kesemua bahagian – termasuklah atas, bawah dan sisi. Ini sekaligus membolehkannya kelihatan seakan mempunyai bezel yang nipis. Seterusnya, imej juga menunjukkan skrin pada Honor 60 Pro adalah lebih besar berbanding versi standard.

Beralih pada panel belakang, kewujudan dua lensa gergasi adalah sama seperti yang diperlihatkan menerusi poster rasmi, tempoh hari. Turut kelihatan, terdapatnya satu lagi lensa bersaiz kecil yang ditempatkan di tengah-tengah antara kedua-dua lensa berkenaan. Buat masa ini, butiran mengenai kesemua sensor kamera masih belum diketahui. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya.

Sumber : GSMArena

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami