Cari @ Amanz

Telekom Malaysia hari ini telah mengumumkan beberapa inisiatif dalam menambah-baik pengalaman pelanggan Unifi. Antaranya adalah pengenalan penawaran rebat sekiranya perkhidmatan Unifi menghadapi masalah untuk tempoh lebih 24 jam.

Selain itu, TM juga turut memperkenalkan sebuah perkhidmatan aplikasi layan diri, dinamakan EasyFix.

Menggunakan EasyFix, pengguna boleh dengan mudah melakukan pemeriksaan dan kenal pasti masalah pada rangkaian Unifi di rumah. Ia menyediakan sebuah antaramuka mudah, dengan langkah yang boleh diikuti oleh sesiapa.

Sekiranya sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan sendiri oleh seseorang pengguna, EasyFix secara automatik akan membuat laporan untuk tindakan segera oleh Unifi Care Crew, atau menghubungkan pengguna kepada khidmat pelanggan Unifi.

Bagi anda yang menggunakan Unifi, boleh layari EasyFix hari ini dan mencubanya sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd