Vivo V23e 5G Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Dis 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru sahaja hadir dengan Vivo Y76, kini Vivo Malaysia dalam persediaan untuk pengenalan sebuah lagi model baharu di bawah siri V pula. Peranti berkenaan adalah Vivo V23e 5G dan acara pelancarannya dijangka berlangsung tidak lama lagi. Meskipun tidak ada informasi khusus untuk persoalan ini tetapi laman web rasmi Vivo Malaysia menunjukkan ia bakal berlangsung kira-kira 8 hari daripada sekarang.

Seperti namanya, ia juga adalah sebuah peranti yang akan dilengkapi sokongan 5G secara terbina. Selain itu, ia dilihat turut memfokuskan kepada keupayaan kamera lebih baik. Di samping, kemasan anggun bersama binaan yang nipis dan ringan. Melihat pada aspek rekaan, jelas menunjukkan ia memiliki rekaan yang sama seperti Vivo V23e 5G yang diumumkan di Thailand, tempoh hari. Penggunaan sistem tri- kamera di belakang juga sekaligus menguatkan lagi dakwaan ini.

Jika ianya benar, peranti pintar ini bakal dilengkapi skrin 6.44-inci AMOLED FHD+, cip MediaTek Dimensity 810, bateri 4,050mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W dan banyak lagi. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab ketika pelancaran rasmi kelak. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Vivo Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami