Oppo Mengesahkan Akan Perkenalkan Telefon Mercu Dijana Snapdragon 8 Gen 1 Pada Awal 2022

Diterbitkan pada Dis 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selari dengan pengumuman pelbagai pengeluar, Oppo kini turut mengumumkan mereka akan memperkenalkan telefon pintar mercu mereka dijana cip Snapdragon 8 Gen 1 pada suku pertama 2022 kelak.

Mengikut spekulasi awal, telefon pintar yang bakal diperkenalkan berkenaan adalah Oppo Find X4. Sebelum ini, siri Oppo Find X3 telah diperkenalkan pada Mac 2021, maka kita mungkin melihat kemaskini untuknya diperkenalkan dalam tempoh lebih kurang sama.

Selain Oppo, anda pengeluar lain yang turut telah menyatakan akan hadir dengan peranti mereka tersendiri adalah termasuk Realme, Xiaomi dan juga Motorola.

komen


© Amanz / 2022 Kami