Vivo S12 Pro Mungkin Menggunakan Skrin Melengkung Dan Tri-Kamera Utama

Diterbitkan pada Dis 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo sedia hadir dengan peranti yang merangkumi pelbagai jenis segmen. Misalnya, rangkaian peranti Vivo di bawah siri S kebiasaannya memfokuskan kepada fotografi melalui sokongan tetapan lensa yang menarik. Dalam perkembangan terkini, model kemas kini untuk siri Vivo S10 telah ditemui menerusi satu imej pengolokan tular.

Dapat dilihat, Vivo seolah melangkau penjenamaan untuk siri berkenaan dan terus menggunakan nama Vivo S12. Setakat ini, masih belum dapat dipastikan berapa bilangan model yang bakal diperkenalkan oleh Vivo untuk kali ini. Tetapi, imej tertiris didakwa memperlihatkan reka bentuk untuk Vivo S12 Pro.

Ia menunjukkan peranti mempunyai panel hadapan melengkung pada bahagian sisi kiri dan kanan. Di samping itu, penggunaan rekaan takuk kecil turut digunakan dengan sokongan dua kamera hadapan. Menurut spekulasi awal, ia menggunakan panel sejenis AMOLED bersama sokongan pengimbas cap jari pada skrin turut disertakan padanya. Tetapan kamera swafoto pula terdiri dengan 50MP + 8MP.

Beralih ke panel belakang, sistem tri kamera yang disusun secara menegak menjadi pilihan vivo. Tapi sayang, tiada sebarang butiran lanjut mengenai sensor ini. Tidak ketinggalan, peranti juga dikatakan hadir dengan bateri yang menyokong pengecasan pantas 44W. Buat masa ini, tiada sebarang informasi berkaitan tarikh pelancaran peranti yang diketahui.

Sumber : Gizmochina

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami