Asus ROG Phone Edisi Demon Slayer Bakal Diperkenalkan Di China

Diterbitkan pada Dis 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Asus sedia menawarkan beberapa komponen dan aksesori komputer bertemakan anime Demon Slayer sebelum ini. Terbaru, selain komponen komputer, Asus turut dilihat bakal menawarkan telefon permua mereka, Asus ROG Phone edisi Demon Slayer di China pada minggu ini.

Asus dijangka menawarkan ROG Phone 5s edisi Demon Slayer, yang sedia hadir dengan cip Snapdragon 888+, skrin dengan kadar segar semula 144Hz, dan pelbagai ciri pengoptimasian untuk permua.

Bersempena dengan edisi khas ini, ia turut menyertakan animasi khas bersempena anime berkenaan, selain rekaan kotak khusus, rekaan tema khas, serta gambar latar dari siri  anime Demon Slayer.

Buat masa ini, penawaran ini hanya terhad di China sahaja. Sama-sama kita berharap agar ia turut diperluaskan ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami