Robot Xiaomi Cyberdog Dijana Menggunakan Ubuntu

Diterbitkan pada Dis 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi pada tahun ini telah memperkenalkan sebuah robot, dinamakan sebagai Cyberdog. Robot berkenaan boleh bergerak bebas dengan mudah, dan pihak Xiaomi sendiri membangunkan sekitar 1000 unit untuk peringkat permulaan dan pembangunan ekosistem disebaliknya.

Ketika pengenalan, Xiaomi sedia menyatakan yang mana robot ini akan dibangunkan dengan mengambil konsep sumber terbuka.

Hari ini, Canonical berkongsi lanjut, dan mengesahkan yang mana Xiaomi Cyberdog dijana dengan sistem operasi Ubuntu, iaitu versi Ubuntu 18.10.

Dengan menggunakan sistem yang sedia dikenali ramai dalam komuniti sumber terbuka, Xiaomi memastikan ekosistem robotik mereka boleh berkembang positif dan menerima sokongan komuniti dalam melakukan pelbagai integrasi.

Ubuntu sendiri sedia digunakan oleh sejumlah komuniti robotik, dengan pelbagai sokongan teknologi terkini. Canonical juga mengatakan yag mana penggunaan Ubuntu memastikan ia kekal selamat dan menawarkan sekuriti tinggi.

Cyberdog

Bergerak kehadapan, Xiaomi akan menubuhkan Xiaoi Open Source Community, dan berkongsi pelbagai progres dan pebangunan melibatkan robotik daripada pembangun seluruh dunia.

komen


© Amanz / 2022 Kami