Snapdragon G3x Handheld Developer Kit Diumumkan – Konsol Mudah Alih Dibangunkan Bersama Razer

Diterbitkan pada Dis 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Qualcomm kini tidak lagi sekadar berpuas hati dengan penggunaan cip Snapdragon keluaran mereka digunakan pada peranti untuk permua keluaran Black Shark, ASUS dan Lenovo Legion. Pagi ini mereka mengumumkan cip Snapdragon G3x mereka yang dihasilkan khusus untuk konsol mudah alih seakan Nintendo Switch.

Menurut Qualcomm 52% pendapatan permainan video sekarang dijana oleh permainan mudah alih pada peranti pintar. Wujud permintaan untuk konsol mudah alih yang menggabungkan kemudahan peranti pintar tetapi dengan alat kawalan jauh fizikal yang memudahkan lagi sesi permainan.

Oleh itu mereka membangunkan juga Snapdragon G3x Handheld Developer Kit dengan kerjasama Razer. Ia dilengkapi skrin 6.65-inci OLED FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz. Kesemua butang kawalan, arah, analog dan bahu pada Snapdragon G3x Handheld Developer Kit mengingatkan kami kepada rekaan alat kawalan untuk peranti pintar Razer Kishi. Malahan seperti kesemua alat kawalan konsol generasi semasa, sokongan maklum balas haptik disertakan.

Terdapat sokongan untuk menyambung konsol ini kepada TV dengan output 4K 144Hz atau kepada kaca mata XR menerusi port USB-C di bahagian hadapan. Konsol ini turut menyokong sambungan kepada rangkaian 5G dan juga WiFi 6E. Sebuah kamera 5MP di hadapan membolehkan pengguna menstrim sambil wajah mereka dipaparkan bersama. Akhir sekali sistem audio empat speaker bersama dengan Snapdragon Sound pula memberikan pengalaman audio yang terbaik tapi isu sela masa.

komen


© Amanz / 2022 Kami