Carian
Pelanggan Unifi Guna Sekitar 490GB Sebulan Secara Purata
December 2, 2021 Aman

Telekom Malaysia baru-baru ini telah berkongsi berkenaan perkembangan rangkaian mereka, dan turut menjanjikan khidmat pelanggan yang baik, termasuk memberikan rebat RM50 sekiranya menghadapi masalah rangkaian lebih 24 jam.

Pada masa yang sama, Telekom Malaysia turut berkongsi secara ringkas berkaitan penggunaan data oleh para pelanggan mereka.

Pada tahun 2020, setiap pelanggan Unifi menyaksikan penggunaan data sekitar 295GB setiap bulan, dan ia menyaksikan peningkatan drastik disebabkan oleh Covid-19 yang memerlukan penggunaan internet setiap hari.

Mengikut data pada tahun 2021 kini, secara purata pelanggan kini menggunakan data sebanyak 490GB sebulan.

Untuk makluman, setiap akaun pelanggan Unifi kebiasaannya akan dikongsikan di rumah, oleh lebih daripada satu peranti. Disebabkan oleh PKP juga, TM mengatakan mereka menyaksikan penggunaan data untuk panggilan video meningkat mendadak, disamping perkhidmatan media sosial dan pelayaran web juga melihat meningkat secara drastik berbanding sebelum ini.

Bagi anda sendiri, berapakah data yang anda gunakan setiap bulan di rumah untuk talian internet di rumah?

Komen