Nokia 9 Purview Tidak Akan Menerima Kemaskini Android 11

Diterbitkan pada Dis 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nokia 9 Pureview dilancarkan pada tahun 2019 sebagai peranti mercu dengan kemampuan fotografi yang luar biasa. Lima kamera pada bahagian belakang menghasilkan gambar yang menurut Nokia kelihatan lebih terang apabila digabungkan serta dipadankan pula dengan cip mercu Snapdragon 845. Walaupun peranti baru berusia 2 tahun, Nokia mengesahkan ia tidak akan menerima kemas kini ke Android 11.

Nokia 9 PureView

Menurut mereka, kemas kini ke Android 11 akan menyebabkan perisian kamera tidak berfungsi dengan baik. Bagi mengelakkan pepijat, peranti akan kekal selama-lamanya menggunakan hanya Android 10. Bagi mengubati kekecewaan peranti tidak lagi menerima kemas kini versi sistem operasi, Nokia menawarkan  Nokia XR20 dengan potongan harga 50% di pasaran terpilih.

Di Malaysia Nokia 9 Pureview tidak pernah ditawarkan secara rasmi begitu juga XR20, oleh itu bagi pengguna peranti di Malaysia mereka harus berpuas hati sahaja dengan kemas kini tampalan sekuriti sahaja. Tindakan Nokia ini sedikit mengecewakan kerana selepas dilancarkan semula, mereka pernah berjanji untuk menyokong peranti mereka selama mungkin dengan kemas kini yang pantas.

komen


© Amanz / 2022 Kami