Cari @ Amanz

Ciri kunci digital diacah pada peranti Android beberapa tahun yang lalu. Dengan ciri ini kereta boleh dinyahkunci dengan hanya menggunakan peranti Android pemilik kenderaan. Hari ini Google akhirnya mengaktifkan ciri kunci digital ini pada peranti siri Samsung Galaxy S21 dan siri Pixel 6.

Pada waktu ini kunci digital hanya boleh digunakan pada beberapa model kereta keluaran BMW. Pemilik bukan sahaja boleh menyahkunci tetapi juga menghidupkan enjin kenderaan. Sebelum ini siri Galaxy S21 boleh digunakan sebagai kunci digital di Korea Selatan sahaja pada kenderaan keluaran Audi, BMW, Ford, dan Genesis. Untuk menjadi kunci digital, peranti perlu mempunyai sokongan UWB. 

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd