Huawei Dijangka Melancarkan HarmonyOS Secara Meluas Pada 2022

Diterbitkan pada Dis 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei sedia menawarkan telefon pintar dan tablet bersama Harmony OS untuk pasaran China. Walaupun kita sedia melihat ia ditawarkan bersama tablet dan jam tangan pintar di Malaysia, namun, ia masih belum ditawarkan bersama telefon pintar.

Kini, mengikut desas-desus awal, ia diperkatakan Huawei akan menawarkan HarmonyOS secara meluas pada peringkat global bermula 2022.

Untuk makluman, Huawei telah sedia menawarkan kemaskini HarmonyOS untuk pengguna Nova 9 di Hong Kong. Menariknya, pengguna Nova 9 dimana-mana negara turut boleh mengubah tetapan lokasi pada telefon pintar mereka, dan memuat-turun kemaskini Harmony OS ini.

Buat masa ini, penawaran Harmony OS masih tidak jauh beza berbanding EMUI. Namun, dengan penawaran meluas, tidak mustahil Huawei mula mengintegrasikan beberapa ciri eksklusif bersama Harmony OS.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut, dan nantikan bagaimana HarmonyOS memberikan cabaran terhadap sistem operasi Android sedia ada.

komen


© Amanz / 2022 Kami