Peranti Skrin Boleh-Lipat Huawei Mate V Dijangka Dilancarkan Pada 23 Disember

Diterbitkan pada Dis 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei dijangka melancarkan peranti skrin boleh-lipat terkini mereka tahun ini tetapi masa depannya menjadi misteri kerana sekatan perdagangan yang dikenakan. Kini terdapat ura-ura peranti yang akan menggunakan nama Huawei Mate V ini akan dilancarkan pada 23 Disember.

wei

Peranti ini dijangka menggunakan rekaan skrin boleh-lipat yang lebih kecil yang mirip Samsung Galaxy Z Flip dan Motorola Razr 5G. Menerusi imej acah yang tertiris, peranti mirip sebuah P50 denga dwi-bonggol kamera utama dan peranti melipat dengan engsel yang mendatar. Selain Mate V, Huawei turut dipercayai akan melancarkan model kemas kini untuk Mate X dan beberapa lagi produk baharu pada tarikh yang sama.

Sumber GSMArena

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami