Rekaan Samsung Galaxy Tab S8, S8 Plus dan S8 Ultra Tertiris

Diterbitkan pada Dis 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun ini pelancaran Samsung Galaxt Tab S8 telah tertangguh sejak Ogos. Tahun lalu tablet mercu Samsung dilancarkan pada bulan tersebut dan kini ramai yang tertanya-tanya bilakah tablet terkini mereka akan dilancarkan. Tarikh mungkin masih misteri tetapi rekaannya telah ditiriskan oleh @evleaks hari ini.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Samsung Galaxy Tab S8 Ultra ialah tablet pertama Samsung dengan takuk di bahagian hadapan. Takuk nampaknya meletakkan dua kamera dengan bezel yang lebih kecil berbanding yang digunakan oleh keluarga Galaxy Tab sebelum ini.

Samsung Galaxy Tab S8 Plus dan Tab S8 masih mengekalkan rekaan tradisional iaitu bezel lebih nipis dengan kamera disorokkan di dalamnya. Tiada maklumat mengenai cip pemproses dan kamera yang akan digunakan. Sebelum ini hanya ura-ura ia akan menggunakan cip Snapdragon 898 yang kemudiannya ditukar namanya kepada Snapdragon 8 Gen 1. Besar kemungkinan tablet ini akan dilancarkan bersama dengan Samsung Galaxy S21 FE yang juga telah ditangguh pelancarannya.

komen


© Amanz / 2022 Kami