Carian
Huawei Akan Kembali Melancarkan Cip 5G Yang Dibangunkan Sendiri
December 7, 2021 Effi Saharudin

Kereta sekatan perdagangan, Huawei tidak dibenarkan menggunakan teknologi yang dikeluarkan syarikat dari A.S. Akibatnya peranti mereka yang dilancarkan hanya mampu menyokong rangkaian 4G sahaja sungguhpun kita sudah memasuki era 5G. Tetapi era 4G ini akan berakhir dalam masa terdekat kerana Huawei sudah bersedia untuk melancarkan cip 5G yang menggunakan teknologi yang direka mereka sendiri.

Ini disahkan oleh Derek Yu, Presiden perniagaan pengguna Huawei untuk rantau Eropah Tengah dan Timur. Cip ini sedang dibangunkan oleh pusat kajian dan pembangunan Huawei yang terletak di Shanghai. Tidak diketahui apakah peranti pertama Huawei yang akan kembali menyokong rangkaian 5G kerana ia bergantung sepenuhnya kepada kemampuan dalaman.

Sebelum ini Huawei ada mengeluarkan cip 5G Balong mereka sendiri untuk kegunaan peranti mercu tetapi nampaknya cip masih memerlukan teknologi luar yang kini dihalang. Sungguhpun terjejas terus, Huawei masih terus mengeluarkan peranti tahun ini dengan masih wujud perancangan menawarkan juha peranti boleh-lipat sebelum berakhirya 2021.

Sumber MyDrivers

Komen