Huawei Akan Membekalkan Modul 5G Untuk 18 Pengeluar Kenderaan Di China

Huawei Akan Membekalkan Modul 5G Untuk 18 Pengeluar Kenderaan Di China

Diterbitkan pada Mei 12, 2020 oleh .

Kereta dengan kemampuan 4G telah lama ditawarkan oleh Proton di Malaysia. Dengan capaian internetnya tersendiri, kenderaan boleh menggunakan sistem navigasi dan menstrim muzik menerusi internet terus ke sistem infohibur kenderaan. Dengan 5G kini mula diperkenalkan secara meluas, Huawei mengumumkan mereka akan membekalkan modul 5G pada 18 pengeluar kenderaan di China.

Modul 5G untuk kenderaan ini menggunakan modul MH5000 yang dilancarkan di Shanghai Autoshow pada April tahun lalu. Ia adalah cip yang berasaskan Balong 5000 dan menurut Huawei ini ia modul 5G pertama yang direka untuk industri automotif. Dengan wujudnya sokongan 5G terbina pada kenderaan ia akan memacu inovasi seterusnya di dalam industri automotif seperti sistem swapandu dan kenderaan berhubung.

Senarai pengeluar kenderaan yang bersetuju menggunakan MH500 ialah FAW Group (FAW Hongqi, FAW Pentium, FAW Liberation), Changan Automobile, Dongfeng Group (Dongfeng Passenger Car, Dongfeng Xiaokang), SAIC Group (SAIC Passenger Cars, SAIC-GM-Wuling), Guangzhou Automobile Group (Guangzhou New Energy), BAIC Group (BAIC New Energy), BYD, Great Wall Motors, Chery Holdings, JAC, Yutong, Cyrus, Nanjing Iveco dan T3 travel.



TIPS & ULASAN