Rakaman Audio Twitter Spaces Kini Boleh Didengar Semula Semua Pengguna

Diterbitkan pada Dis 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ledakan platform media sosial menggunakan audio berlaku ketika pandemik akibat kebosanan duduk di rumah sepanjang hari. Dipopularkan oleh Clubhouse, ciri yang serupa kemudian ditawarkan juga di Twitter dan Facebook. Tetapi kekurangan paling ketara ialah jika anda terlambat, sesi perkongsian akan terlepas dan kemudian tidak dapat didengar semula. Bagi pengguna Twitter Spaces, ciri mendengar semula rakaman audio kini diaktifkan kepada semua.

Untuk mendengar semula sesi perbincangan, hos perlu mengaktifkannya semasa sesi dilakukan. Mereka kemudian boleh menyunting bahagian yang ingin dikongsi dan kemudian memberikan pautan audio yang telah dirakam kepada pendengar. Ciri ini boleh diakses oleh pengguna Twitter pada Android, iOS dan juga laman Web. Sebelum ini ia hanya diberikan kepada pengguna versi iOS sahaja terlebih dahulu. Dengan adanya ciri rakaman audio, perkongsian menarik pada sesi Spaces kini boleh disimpan dan didengar semula di lain waktu.

komen


© Amanz / 2022 Kami