Sunway Pyramid Memperkenalkan Sistem Tandas Pintar Pertama Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Akronim untuk peranti berhubung dalam Bahasa Inggeris ialah iOT dengan huruf T ialah untuk ‘things‘. Tetapi jika anda ke Sunway Pyramid, T ialah untuk ‘tandas’ kerana mereka menjadi pusat membeli belah pertama di Malaysia dilengkapi sistem tandas berhubung pintar.

Untuk menjadikan tandas mereka pintar, pihak pengurusan Sunway Pyramid bekerjasama dengan firma Rigel Technology dar Singapura. Pelbagai sensor di tandas mengesan kuantiti sabun, tisu tandas, kain lap tangan, aliran air, injap tandas dan tandas yang memberikan amaran sekiranya masalah dikesan. Dengan ini proses membaiki kerosakan dapat dilakukan dengan lebih efisien sebelum mendatangkan ketidakselesaan kepada pengunjung.

Sensor amonia juga dipasang pada tandas untuk mengelakkan bau hancing yang dikaitkan dengan tandas. Pengenalan sistem Internet of Toilets di Sunway Pyramid ini ialah satu lagi inisiatif mendigitalkan pusat membeli belah yang memperkenalkan Sunway Smart Parking – yang merupkaan sistem parkir pintar terawal di Malaysia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami