Cari @ Amanz

Boost hari ini mengumumkan kerjasama dengan Mastercard, dimana ia akan turut merangkumi penawaran kad prabayar Mastercard kepada pengguna Boost, sekaligus memudahkan proses pembayaran di kedai fizikal pada peringkat global.

Boost merupakan dompet digital yang agak popular di Malaysia, dan dengan kerjasama ini, kad prabayar berkenaan bakal dipautkan kepada baki akaun Boost – sekaligus memudahkan lagi penggunaan baki akaun Boost apabila berada di kawasan yang tidak menyokong dompet digital Boost.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah penawaran ini akan bermula. Sebelum ini, Touch n Go turut telah mengumumkan perkara sama dengan pihak Visa, dan akan menawarkan kad prabayar yang dipautkan ke akaun TNG pada tahun 2022.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd